Zachary Taylor dan Pertempuran Tasik Okeechobee Perang Seminole Kedua

Jesup kini memiliki himpunan tentera yang besar,termasuk sukarelawan dari sejauh Missouri dan Pennsylvania. Begitu ramai orang sehinggakan dia berhadapan dengan masalah untum memberi mereka semua makan. Rancangan Jesup adalah untuk bergerak turun semenanjung dengan banyak lajur, menolak Seminoles jauh keselatan. Jeneral Joseph Marion Hernández memimpin lajur di persisiran timur. Jeneral Eustis membawa lajurnya ke hulu Sungai St. Johns River (keselatan). Kolonel Zachary Taylor memimpin lajur dari Fort Brooke ke tengah negeri, dan kemudian keselatan antara Sungai Kissimmee dan Sungai Peace. Pemerintah lain membersihkan kawasan antara St. Johns dan SUngai Oklawaha, antara Oklawaha dan Sungai Withlacoochee, dan sepanjang Sungai Caloosahatchee. Unit gabungan Tentera-Tentera Laut meronda persisiran timur bawah Florida. Tentera lain meronda bahagian utara jajahan sebagai perlindungan dari serangan Seminole.[40]

Kolonel Taylor melihat pertempuran pertama kempen tersebut. Meninggalkan Fort Gardiner di atas Kissimmee bersama 1,000 orang pada 19 Disember, Taylor bergerak kearah Tasik Okeechobee. Dalam dua hari pertama sembilan puluh Seminoles menyerah diri. Pada hari ketiga Taylor berhenti bagi membina Fort Basinger, Florida, di mana dia meninggalkan tentera yang sakit dan tentera yang mencukupi bagi mengawal Seminoles yang menyerah diri. Tiga hari berikut, pada hari Krismas 1837, lajur Taylor memintas kumpulan utama Seminoles di persisiran utara tasik Okeechobee.[41]

Puak Seminoles dipimpin oleh Alligator, Sam Jones, dan Coacoochee yang baru melepaskan diri, berada dalam kedudukan yang baik di persekitaran Hammock yang dikelilingi oleh menerung. Tanahnya berlumpur tebal, dan daun menerung memotong dan membakar kulit dengan mudah. Taylor memiliki sekitar 800 orang, sementara Seminoles berjumlah kurang dari 400. Taylor menghantar sukarelawan Missouri dahulu. Kolonel Richard Gentry, tiga orang pegawal dan lebih dari dua puluh orang terbunuh sebelum sukarelawan berundur. Kemudian lebih 200 orang tentera dari Infantri ke- 6, yang kehilangan empat pegawai dan korban hanpir 40% sebelum mereka berundur. Kemudian ia adalah giliran Infantri ke-4, 160 orang di sokong oleh sisa infantry ke-6 dan sukarelawan Missouri. Kali ini tentera berjaya menghalau pihak Seminoles dari kawasan hammock dan kearah tasik. Taylor kemudian menyerang sisi mereka denga pasukan simpanannya, bagaimanapun pihak Seminoles berjaya lepas lari menyeberangi tasik. Hanya sekitar sedozen Seminoles terbunuh dalam pertempuran. Bagaiamanapun, Pertempuran tasik Okeechobee disambut sebagai kemenangan besar bagi Taylor dan pihak Tentera.[42]

Rujukan

WikiPedia: Perang Seminole Kedua http://www.palmbeachpost.com/news/content/local_ne... http://digitalcollections.fiu.edu/tequesta/files/1... http://www.history.army.mil/books/AMH/AMH-07.htm http://www.history.army.mil/books/AMH/amh-toc.htm http://www.history.navy.mil/wars/foabroad.htm http://web.archive.org/web/20070206182835/http://w... http://www.archive.org/details/soldiersofflorid00f... http://voneresearch.org/?pageID=maritime_history/c... http://replay.waybackmachine.org/20070624185615/ht... http://replay.waybackmachine.org/20070926204424/ht...